Sabtu, 05 Maret 2016

Bila Rindu Menjengah

Bila Rindu Menjengah

rindu ini menjengah,
mengintai dari sudut bicara,
andai terserlah kemahuanku,
atau inilah kemahuanmu jua,
kita belai rindu dari sudut berbeza
dari intunasi yang berbalam
menerusi landasan ketenangan,
terima kasih atas hadiah kerinduan ini,
aku berbahagia merinduimu,
walau tanpa kata
walau tanpa luahan,
aku berdoa moga kau jua terasa,
bahang rindu yang mencengkam,
yang membelai mindaku
yang menggasak jemari ku
mencalit-calit luahan hati,
menyatakan kerinduan
dalam pena tanpa dakwat

Tidak ada komentar:

Posting Komentar